"Hah? ye., ye, saya makan di sini.."
"Lauk?"
"Ermm, bagi saya telor goreng ni dengan kuah kari ni"
"Lagi?
"Dah, dah, itu sahaja"
"Semua sekali 2 Dolar. Ermm, adik ni dari Terengganu ke", tanya Cashier di kafe Nanyang Tecnology University itu selepas dia terlihat nama Universiti Malaysia Terengganu yang tertera pada jaket korporat yang aku pakai ketika itu..
"A'ah, saya memang dari Terengganu, belajar kat sane"
"Buat lawatan sini ke? Ke, kerja?" , tanya cashier itu lagi sambil melemparkan senyuman yang manis.
"Tidaklah. Buat lawatan je kak. Datang dengan rombongan. Sekali dengan mereka", balasku sambil menunjuk ke arah sekumpulan mahasiswa yang berbaju merah.
"Oh. Berapa hari?"
"Sehari je kak. Sampai sini pagi tadi, petang ni balik semula ke Terengganu. Sebelum ni kami menginap 2 hari dahulu di Johor", balasku lagi.
"Sehari je? Sekejapnya, tak sempatlah nak berjalan".
"Haha, takpelah kak, bukan nak berjalan sangat. Bajet pun tak cukup. 2 Dolar ye tadi? Ermm, ni dia kak".
"Hah, oh ye, 2 Dolar", balas cashier itu memperjelaskan pertanyaan aku tadi. Dia menerima wang yang ku hulurkan.
"Terima kasih", ucapku mengakhiri perbualan.
"Sama-sama, have a nice day", balas cashier itu.
Selesai perbualan ku dengan seorang cashier di salah sebuah kafe di Nanyang Technology University, Singapore. Cashier tu orang Melayu. Bila aku cakap Bahasa Melayu, dia pun terus tukar cakap dalam Bahasa Melayu. Secara kasarnya, aku tengok orang Melayu kat Singapura ni taklah sombong macam yang digambarkan orang Melayu kat Malaysia. Malahan, mereka nampaknya sangat mengalu-alukan Melayu Malaysia untuk menjejakkan kaki ke sana.
Sangat asing rasanya bila berada di kota metropolitan itu. Maklumlah, baru pertama kali menjelajah keluar dari tanah air. Bahasa Melayu juga jarang di dengar di sana, Bahasa Inggeris pula di mana-mana. Lagi pula, dari segi landskap negara ini, ciri-cirinya ala-ala Eropah dan sangatlah tersusun binaannya.
Bukan itu sahaja, sebenarnya memang banyak lagi cerita dari kota ini, cuma kali ini, ini sahaja yang sempatku tuliskan.
Insya-Allah, lain kali akan ku sambungkan perkongsian ini.
Ni mase kat UTM Johor. kat sinilah kami menginap dulu sebelum meneruskan
lawatan kami ke Singapura.
ni mase di Singapore. Gambar ni di ambil di sebuah jambatan berhampiran dengan
Patung Singa, mercu tanda Singapura kalau tak silap.
credit to arif adly khairuddin yang snap gambar ni.
No comments:
Post a Comment