Dalam kehidupan sebagai seorang student, pasti kita di setiap harinya bertungkus lumus menelaah atau mencari ilmu demi memburu kejayaan di masa akan datang. Ada yang study sekadar ingin lulus peperiksaan, ada juga yang study untuk memperoleh pekerjaan yang besar-besar dengan bekalan kejayaan mereka nanti dan ada juga yang ingin menikmati kesenangan di masa hadapan. Pokoknya, setiap pada kita pasti ada target untuk memajukan kehidupan dengan hasil ilmu yang dituntut.
Namun begitu, dalam kesibukan kita menelaah pelajaran dan megejar kejayaan, jangan kita alpa dan lalai dari mengingati-Nya, jangan kita lupa tuntutan yang lebih utama iaitu mengerjakan perintah agama dan mengejar kejayaan di akhirat kelak. inilah tujuan utama manusia dihidupkan di muka bumi Allah SWT. Berikut adalah beberapa tips untuk menjadi student yang tidak lupa pada agama :
1) Memasang niat yang baik
Melangkah ke kelas atau kuliah untuk menuntut ilmu kerana Allah SWT. Hati akan menjadi tenang sepanjang waktu kita study jika dimulai dengan niat yang baik dan semata-mata kerana-Nya. Firman Allah SWT dalam Surah Al-An'am ayat 162 yang bermaksud:
"Katakanlah Muhammad, "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku
adalah kerana Allah Tuhan seluruh alam."
1) Memasang niat yang baik
Melangkah ke kelas atau kuliah untuk menuntut ilmu kerana Allah SWT. Hati akan menjadi tenang sepanjang waktu kita study jika dimulai dengan niat yang baik dan semata-mata kerana-Nya. Firman Allah SWT dalam Surah Al-An'am ayat 162 yang bermaksud:
"Katakanlah Muhammad, "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku
adalah kerana Allah Tuhan seluruh alam."
Sesungguhnya adalah menjadi rugi sekiranya langkah kita untuk memulakan hari-hari pembelajaran tidak berniat sebagai ibadah. Alangkah baiknya jika kita memulakan setiap hari kita dengan niat kerana Allah, kita pasti mendapat pahala sepanjang waktu kita study dan ilmu yang kita perolehi pasti diberkati.
2) Membasahkan lidah dengan zikir dan doa
Dalam kita sibuk menuntut ilmu, sibuk dengan assignment, sibuk dengan program-program universiti , dan berbagai lagi, pastikan juga dalam masa yang sama hati dan lidah juga turut seiring berzikir kepada Allah SWT. Perkara ini tidaklah susah untuk dilakukan, cuma ia perlu sentiasa diamalkan dan dibiasakan agar ia lama-kelamaannya menjadi sebati dalam tindakan kita. Di samping itu juga, kita juga dituntut mengamalkan solat Dhuha untuk memohon keberkatan dari-Nya dalam hari-hari yang kita lalui.
JUMAAT
يَا الله
~~~~~~~~~~~~~~~~
SABTU
لاَ اِلَـٰـهَ اِلاَّ الله
~~~~~~~~~~~~~~~~~
AHAD
يَا حَيُّ يَا قَيُّوم
~~~~~~~~~~~~~~~~~
ISNIN
لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ
~~~~~~~~~~~~~~~
SELASA
اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلَىٰ اٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدْ
~~~~~~~~~~~~~~~
RABU
اَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمِ
~~~~~~~~~~~~~~~
KHAMIS
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِے سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمِ
3) Tidak melengahkan solat fardhu
Solat fardhu merupakan salah satu rukun islam dan merupakan tiang agama. Jika kita amati, terdapat sebilangan mahasiswa yang terlalu sibuk study atau terlalu sibuk menyiapkan assignment sehingga tidak sedar waktu solat berlalu begitu sahaja bahkan yang lebih teruk lagi, langsung tidak menunaikan solat fardhu.
Bukan itu sahaja, ada juga yang lebih sanggup melewatkan solat mereka atas alasan kerana penat study atau letih selepas menyiapkan assignment. Mereka lebih rela tidur dan apabila tersedar, waktu solat sudahpun di hujung tanduk.
Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan ini. Sesungguhnya, kita tidak boleh menunggu waktu lapang, tetapi kita yang perlu melapangkan waktu untuk menunaikan tuntutan solat fardhu. Di samping itu, kita juga perlu rajin-rajin mengerjakan solat sunat. Solat sunat hajat contohnya, mohon dipermudahkan kita menerima ilmu yang dipelajari setiap hari.
Sekian,
Setakat ini sahaja.
Moga post ini dapat memberi manfaat buat diriku dan semua pembaca untuk memperbaiki prestasi dan disiplin diri kita dalam menuntut ilmu berlandaskan fadhilat islam.