Tuesday, 3 July 2012

Hukum pakai cincin...???

Pakai cincin pun ade cara dan tempat yang betul....bukan main pakai jerr tau...
Rasulullah s.a.w. ada mengingatkan menantunya Sayidina Ali k.w. sebaik mengahwini puteri baginda Sayidatina Fatimah r.ha. Baginda berpesan kepada Sayidina Ali, jika memakai cincin, pakailah di:
1. Jari manis
2. Jari kelingking

Rasulullah s.a.w. menegah memakai cincin pada jari tengah (jari hantu) dan jari telunjuk. Kenapa? Kerana ia menyamai cara kaum Nabi Lut berhias. Kaum Nabi Lut itu ialah kaum dilaknati Allah kerana derhaka kepada-Nya.
Justeru, sama ada anda lelaki atau perempuan, ikutlah sunnah nabi s.a.w. apabila berhias memakai cincin. Bukan sahaja jari manis dipandang, malah dapat pahala pula.

Jumhur fuqaha' berpendapat ia adalah sunnah Nabi; Imam al Baihaqi dalam al Jami' menjelaskan ia adalah sunnah. Imam az Zuhri meriwayatkan dari Anas bin Malik, bahwa Nabi bersabda,aku diperintah memakai kasut dan cincin (alQadhi dalam kitab libas wal zinah min assunnah hal.172)
Bahan/logam pembuatan cincin
Imam al Baihaqi: perak bagi lelaki dan emas bagi wanita. Dalil diharamkan emas bagi lelaki, HR Ibn Abbas meriwayatkan Nabi telah terlihat seorang lelaki memakan cincin mas, baginda mengambilnya dan melemparkannya. (HR Muslim) Logam-logam lain: Ibn Rajab al Hambali; makruh memakai cincin besi, tembaga dan tembaga merah. Harus memasukkan batu permata pada cincin; kecuali batu permata atau seumpamanya yang berkaitan dengan khurafat.

Hukum membuat tulisan pada cincin.
Imam al Baihaqi: harus menulis tulisan pada cincin kerana berdasarkan amalan Nabi saw yang membuat sebentuk cincin dr perak dan menulis kalimah Muhammad RasuluLlah.Ibn Umar, Imam Syafi'iy, para khalifah dan hakim menulis nama-nama mereka pada cincin merka. Imam Nawawi (alAzkar) harus menulis kalimah zikrullah atas cincin

Hukum memakai beberapa bentuk cincin
Imam al Baihaqi: tidak ada keterangan melarang amalan memakai cincin lebih daripada satu. Ia terpulang kepada adat, tempat dan kumpulan manusia
Mana lebih afdhal, pakai pada tangan kiri atau kanan?
Al Baihaqi: Rasulullah saw dan seluruh para khulafa arrasyidin memakai pada tangan sebelah kiri. Namun ia menjadi khilaf fuqaha': Malik dan Syaf'iy: afdhal tangan kiri; Hanbali dan Hanafi: sebelah kanan.
Imam Nawawi: (kitab: syarah sahih Muslim) Jumhur fuqaha' berpendapat harus pada jari kiri tetapi tiada makruh memakai pada jari kiri atau kanan.
Pada jari manakah lebih afdhal?
Imam Malik, Syafi'iy dan Hanbali: yang paling utama ialah jari kelingking, sesudah itu jari manis (al binsyir)

Keutamaan memberi cincin sebagai hadiah
Ibn Hajar asqalani (al Isti'dad): HR Aisyah menceritakan sebelum Allah memasukkan ahli syurga ke Syurga , Dia mengutus Malaikat yang membawa pakaian dan sesuatu hadiah; ditanyakan apakah hadiah itu. jawab Aisyah: 10 bentuk cincin
Menjadikan cincin sebagai sebahagaian daripada mahar (maskahwin)
Ia harus dan menjadi sebahagian daripada adat umat Islam menjadikan cincin sebagai tanda pertunangan dan mahar, Ini menepati dengan firman Allah dan kamu telah memberikan kepada seseorang di antara mereka (wanita yang dikahwini) dengan mahar yang banyak.: (maksud s An Nisa': 20)

Saturday, 30 June 2012

wild water rafting@Sg Nenggiri, Gua Musang, Kelantan...



hari pertama: bergambar bersama banner di kuala betis



21/6-24/6 2012.., 
pada tarikh ini aku telah menyertai satu aktiviti yang paling ekstrem sekali setakat ini...'Wild Water rafting"..
atau dalam bahasa mudahnye "berakit arus deras" di sungai nenggiri, Gua Musang Kelantan.

Aktiviti ini  memang sangat tidak dirancang untuk disertai. Aku dan tiga orang member aku iaini amir, matwe. dan wadi hanye mendaftar sehari sebelum aktiviti tu berlangsung..itu pun bila kami dapat tahu masih ade lagi 4 kekosongan...thanks to Faziek uyun sebab bagi info..
haha..,  memang tak prepare ape-ape lah....abis je exam 21hb tuh, malm tu pun terus pi tunggu bas kat komplks sukan UMT , bertolak dari situ...
kami tunggu kat situ dalam pkul 10malam n bas bertolak pukul 12 tgh malam...dipendekkan cerita. menunggu bas hari tu memang satu penyeksaan yang nyata...haha..
so, for information.., peserta yang join aktiviti ini semuanya 30 orang termasuk aq n kawan2 aq yang sama program(course) iaitu amir, matwe, wadi, faziek n ida..

so, kat bawah ni ade cerita-cerita pahit manis sepanjang aktiviti ini:

22/6
First day-Bina rakit dan Berakit di arus tenang

Destinasi pertama: Perkampungan Orang Asli Kuala Betis.
kami tiba di sini pada 9.00 pagi. Sampai jer terus punggah barang dari dalam bas n then bahagikan kumpulan..ade tujuh kumpulan semuanye dan aku dalam kumpulan 5. Ahli kumpulan aku 2 perempuan n tiga lelaki termasuk aku..{aku, amir, matwe, huda n wanfa}.

Dan kemudianye, setiap kumpulan membina rakit masing2.

bina rakit dan rakit-rakit yang telah siap dibina 

gelagat kala tiba di kuala betis

Ekspedisi berakit bermula.
Destinasi: Gua Cha (9 km)

 gelagat berakit
a
group 5(group aku la tu)

lastly, kami tiba di gua cha dalam pkul 5.30 petang...kami pun ber-camping lah dekat situ...yang tak tahannye, tapak khemah tu sebelah kubur 'orang perak'...huuuu..
n pada malam tu ade pulak ice breaking...

23/6
Second day: Berakit di Jeram

tapak camping: Gua cha kelantan.

aktiviti berakit dimulakan pada pukul 10.45 pagi, dan kali ini, kami melalui laluan yang lebih mencabar kerana banyak melalui jeram...rakit kumpulan aku ade juga tersangkut di batu...., tapi alhamdulillah tak pernah bocor pun...haha..
perjalanan ke destinasi seterusnya, iaini POst Pulat mengambil masa selama 7 jam dan jaraknye adala sejauh 30 km..

akhirnye kami sampai ke perkampungan oran asli "post Pulat" pada pukul 6.10 petang dan berkhemah disitu...untung situ ade tandas..boleh aq mesyuarat banyak2...kebetulan pulak sakit perut yang teramat sangat malam tu...lebih dah tujuh kali rasenyer..hehe

24/6
last day: Jeram Berhala n Water confident n balik

post Pulak-perkampungan orang asli yang menjadi perhentian kami kali ini


hari itu kami meninggalkan post pulat dalam pukul 1.00 tengah hari untuk menjalankam aktiviti terakhir kami.
aktiviti hari tu masih lagi berakit melalui jeram dan yang paling ekstrem, aktiviti 'water confidence' di mana kami dihanyutkan di sungai yang berarus deras dan kami perlu survive dari lemas..

haha...nasib baik pakai pelampung..., kalau tak....hmmm..

aktviti terakhir

setelah tamat semua aktiviti, kami pun membuka semula rakit.. kali ni kami berhenti di sebuah perkampungan orang asli juga yang aq tak ingat apa namanya... kami berkemas, menganggkut segala perkakasan ke lori. kami kemudiannye ke rumah abah berdekatan di situ untuk minum petang.

dan setelah selesai semuanye.., kami pun bertolak pulang ke UMt dalam pukul 7.15 petang....
mase mula-mula sampai tuk buat aktiviti ni, rase cam lame je nak abis....tapi bile da habis ni..rase macam sekejap sangat je segalenye berlalu...
haha... biase la tu kan
moga2 ade lah lagi program yang awesome n free mcm ni yang UMT buat...bole pi lg kan...

sekian...

21/6/2012-End of Year 2

akhirnya.., pengajianku di tahun 2 tamat pada hari ni, tarikh ini , 21 JUn 2012. Habis sudah sem 3, habis jugak sem 4 pengajianku di Umt ni.. segala exam telah pun aku duduki untuk tahun 2 ini. Dan pada bulan September akan datang akan bermula pula pengajianku di semester 1 tahun 3 kursus Teknologi maritim..

Banyak juga kisah pahit manis yang aku ingat dalam tempoh ini.., khususnya sem 4, paling bnayak memori..
Ade pasal diri sendiri, persekitaran, ade jugak pasal member2, dan ade jugak pasal lecturer..
n sem ni memang banyak bg aku nice memori biarpun secara akademiknye tidaklah sebaik mane...tapi ape pun moga-moga result exam nnti baiklah hendaknye..

so flashback untuk aktiviti tahun 2 ini:

Majlis Ijazah Potong PSSCMUMT
Majlis KOnvokesyen Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
Kem waja diri Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia UMT(PSSCMUMT)
Majlis Ijazah Tamat PSSCMUM 
Program Khazanah Tanah Selatan -Lawatan Ilmiah ke Johor dan Singapura (teknologi maritim)
Majlis BBQ Max-G
Wild Water rafting- Sg NEnggiri Gua Musang kelantan


so, itulah antara aktiviti yang aku ingat yang aku sertaidalam tahu 2 nih...lepas ni tahun 3 tak tau lah lagi macam mane pulak gayenye..
apepun, moga tahun 3 nnti lebih baik dari dari tahun sebelumnya..
Insya'Allah...

Thursday, 14 June 2012

Tuhan..., aku rindu waktu Subuh-Mu...


Sejak kebelakangan ini.., diri ini sering sahaja terlepas waktu subuh. Mana tidaknya, celik-celik sahaja jam dah pukul 9, 10 pagi...terpaksalah Qada' masa waktu zohor..Sebab apa ye?? mungkin sebab penat sangat study..almaklumlah musim exam ni...dan bukan sebab itu sahaja.., tengok bola lg..EURO kan..haha..tapi.., ape-ape pun, benda ni tetap salah..
Astaghfirullahaladzim...., besar dosanya tinggal  solat nih...moga Kau ampunkan dosaku Ya Allah.

Dan baru tadi saya adalah jugak mencari tips-tips untuk kita amalkan supaya lebih mudah bangun pagi terutama sekali waktu subuh..., dan saya telah terjumpa yang ini.., dan saya nak sangat kongsikan kepada anda semua buat renungan dan amalan kita bersama..

Tips-tips dan Formula bangun awal sebelum Subuh:


  1. Niat sebelum tidur bahawa tidur ini adalah ibadah kerana Allah SWT. Setting diminda, bahawa kita ingin bangun awal keesokan harinya. Lebih baik sekiranya kita katakan secara terperinci tentang masa yang ingin kita bangun. Contoh : “ Esok saya akan bangun pada jam 5.30 pagi.”
  2. Biasakan diri berwudhuk sebelum melelapkan mata. Bayangkan inilah wudhuk kita yang terakhir. Kita memyempurnakan wudhuk dengan tertib, tenang dan sesempurna mungkin.
  3. Dirikan solat sunat dua rakaat sebelum tidur. Sebaiknya, solat sunat Taubat. Cantiknya, sebelum tidur kita memohon keampunan serta membersihkan diri daripada dosa-dosa dan kekotoran maksiat kita kepada Allah SWT.
  4. Gunakan alat  bantuan untuk membangkitkan kita daripada tidur. Mohon bantuan ibu bapa, adik-beradik atau kawan-kawan yang ada. Di samping itu, setkan jam loceng atau alarm telefon kita berhampiran dengan kita.
  5. Untuk bangun awal, kita perlulah tidur awal. Tidur yang secukupnya memudahkan kita untuk bangun dengan segar, ceria dan bertenaga.
  6. Bacakan doa sebelum tidur dan bacaan Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Anas.Hembuskan bacaan tadi ditapak tangan dan sapukan ke seluruh badan. Mohon perlindungan dan pemeliharaan daripada Allah SWT.
  7. Sambil berbaring sebelum terlelap, basahkan bibir dengan zikir memuji dan memuja Allah SWT. Alhamdulillah, Alhamdulilah, Alhamdulillah.
  8. Teruskan dan ulang berkali-kali tips ini jika gagal. Peringkat awal, ia seperti sukar. Lama kelamaan ia akan berputik di hati. Kita akan biasa dengan amalan ini jika ia dilakukan terus-menerus tanpa putus asa.
  9. Jika berjaya, syabas saya ucapkan. Sekarang cabarannya ialah untuk mengekalkan amalan ini dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan dan tahun ke tahun. Jadi bagaimana?
  10. Perbanyakanlah berdoa, bermunajat dan merintih kepada Allah SWT agar kita sama-sama istiqamah dan konsisten dengan amalan bangun awal ini. Hasrat dan harapan kita hanya satu agar Allah SWT sayang dan redha kepada kita.
Saranan saya kepada diri saya sendiri khususnya dan kepada anda semua, kita lakukan segera tanpa bertangguh. Esok pagi, adalah pagi yang terbaik untuk kita. Kerana apa? Kita mampu bangun awal sebelum Subuh, bersiap siaga untuk solat Subuh berjemaah, menghiasinya dengan bacaan Al-Quran, berdoa, berzikir dan terus berfikir untuk masa hadapan kita di dunia dan akhirat.

Orang kata, bila bangun awal ni.., macam-macam kerja kita boleh buat, boleh siapkan dan kita akan rasakan masa kita tu sangat lapang sekali..., insya'Allah..

So, marilah kita bersama-sama berusaha untuk tidak meningglkan waktu subuh...
sekian..

Monday, 11 June 2012

Never Give Up!!!



Jangan kita mengalah walaupun kita telah gagal 99 kali..
kerana..,
kali yang ke-100 itu mungkin kite akan dapat ape yang kite mahu..

Ku Pohon Berkat-Mu Ya Allah


Ya Allah, 
hamba-Mu ini masih menagih redha-Mu,
masih mengharap berkat dari-Mu,
dalam menempuhi kehidupan di dunia ini,
mahupun di akhirat..

berikanlah hamba-Mu ini petunjuk,
seperti mana orang-orang yang telah mendapat petunjuk dari-Mu..

berikanlah hamba-Mu ini pertolongan,
seperti mana Kau memberi pertolongan kepada hamba2 Mu yang soleh..

dan berkatilah ape sahaja yang telah Kau berikan padaku,
seluruh kehidupanku,
setiap usahaku,
dan dari setiap apa yang aku miliki..

perkenankanlah Ya Allah...


Monday, 30 April 2012

OPTIMISTIK dan bukan PESIMISTIK


Sikap yang optimis adalah faktor penting untuk mencapai kejayaan.

Seseorang yang optimistik akan sentiasa melihat sesuatu masalah dengan satu jangkaan atau harapan yang baik, dengan erti kata yang lain, sentiasa melihat segala hal daripada sudut positif dan baik.

Individu yang mempunyai sifat optimistik ini biasanya mempunyai estim yang tinggi, manakala mereka yang mempunyai estim yang rendah akan ada sifat pesimistik.

Estim itu bolehlah dikaitkan dengan semangat. Orang yang kuat semangat dan tinggi azamnya pasti memperoleh kejayaan kelaknya.

Oleh itu, untuk mencapai kejayaan yang diimpikan, kita sebagai pelajar hendaklah sentisa optimis dengan setiap usaha kita dan jangan sesekali mendekatkan diri dengan sifat pesimistik.


Thursday, 29 March 2012

Menuntut Ilmu Tanpa Meninggalkan Tuntutan Agama

Dalam kehidupan sebagai seorang student, pasti kita di setiap harinya bertungkus lumus menelaah atau mencari ilmu demi memburu kejayaan di masa akan datang. Ada yang study sekadar ingin lulus peperiksaan, ada juga yang study untuk memperoleh pekerjaan yang besar-besar dengan bekalan kejayaan mereka nanti dan ada juga yang ingin menikmati kesenangan di masa hadapan. Pokoknya, setiap pada kita pasti ada target untuk memajukan kehidupan dengan hasil ilmu yang dituntut.

                                


Namun begitu, dalam kesibukan kita menelaah pelajaran dan megejar kejayaan, jangan kita alpa dan lalai dari mengingati-Nya, jangan kita lupa tuntutan yang lebih utama iaitu mengerjakan perintah agama dan mengejar kejayaan di akhirat kelak. inilah tujuan utama manusia dihidupkan di muka bumi Allah SWT. Berikut adalah  beberapa tips untuk menjadi student yang tidak lupa pada agama :


1) Memasang niat yang baik


Melangkah ke kelas atau kuliah untuk menuntut ilmu kerana Allah SWT. Hati akan menjadi tenang sepanjang waktu kita study jika dimulai dengan niat yang baik dan semata-mata kerana-Nya. Firman Allah SWT dalam Surah Al-An'am ayat 162 yang bermaksud:




"Katakanlah Muhammad, "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku 
adalah kerana Allah Tuhan seluruh alam." 




Sesungguhnya adalah menjadi rugi sekiranya langkah kita untuk memulakan hari-hari pembelajaran tidak berniat sebagai ibadah. Alangkah baiknya jika kita memulakan setiap hari kita dengan niat kerana Allah, kita pasti mendapat pahala sepanjang waktu kita study dan ilmu yang kita perolehi pasti diberkati.




2) Membasahkan lidah dengan zikir dan doa


Dalam kita sibuk menuntut ilmu, sibuk dengan assignment, sibuk dengan program-program universiti , dan berbagai lagi,  pastikan juga dalam masa yang sama hati dan lidah juga turut seiring berzikir  kepada Allah SWT. Perkara ini tidaklah susah untuk dilakukan, cuma ia perlu sentiasa diamalkan dan dibiasakan agar ia lama-kelamaannya menjadi sebati dalam tindakan kita. Di samping itu juga, kita juga dituntut mengamalkan solat Dhuha untuk memohon keberkatan dari-Nya dalam hari-hari yang kita lalui.





ZIKIR HARIAN

JUMAAT
يَا الله

~~~~~~~~~~~~~~~~

SABTU

لاَ اِلَـٰـهَ اِلاَّ الله

~~~~~~~~~~~~~~~~~

AHAD

يَا حَيُّ يَا قَيُّوم
~~~~~~~~~~~~~~~~~
ISNIN
لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ
~~~~~~~~~~~~~~~
SELASA
اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلَىٰ اٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدْ
~~~~~~~~~~~~~~~
RABU
اَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمِ
~~~~~~~~~~~~~~~
KHAMIS
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِے سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمِ




3)  Tidak melengahkan solat fardhu


Solat fardhu merupakan salah satu rukun islam dan merupakan tiang agama. Jika kita amati, terdapat sebilangan mahasiswa yang terlalu sibuk study atau terlalu sibuk menyiapkan assignment sehingga tidak sedar waktu solat berlalu begitu sahaja bahkan yang lebih teruk lagi, langsung tidak menunaikan solat fardhu.


Bukan itu sahaja, ada juga yang lebih sanggup melewatkan solat mereka atas alasan kerana penat study atau letih selepas menyiapkan assignment. Mereka lebih rela tidur dan apabila tersedar, waktu solat sudahpun di hujung tanduk.






Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan ini. Sesungguhnya, kita tidak boleh menunggu waktu lapang, tetapi kita yang perlu melapangkan waktu untuk menunaikan tuntutan solat fardhu. Di samping itu, kita juga perlu rajin-rajin mengerjakan solat sunat. Solat sunat hajat contohnya, mohon dipermudahkan kita menerima ilmu yang dipelajari setiap hari. 




Sekian,
Setakat ini sahaja.
Moga post ini dapat memberi manfaat buat diriku dan semua pembaca untuk memperbaiki prestasi dan disiplin diri kita dalam menuntut ilmu berlandaskan fadhilat islam.









Wednesday, 28 March 2012

From The Lion City of Singapore

"Yes? Eat here?"

"Hah? ye., ye, saya makan di sini.."

"Lauk?"

"Ermm, bagi saya telor goreng ni dengan kuah kari ni"

"Lagi?

"Dah, dah, itu sahaja"

"Semua sekali 2 Dolar. Ermm, adik ni dari Terengganu ke", tanya Cashier di kafe Nanyang Tecnology University itu selepas dia terlihat nama Universiti Malaysia Terengganu yang tertera pada jaket korporat yang aku pakai ketika itu..

"A'ah, saya memang dari Terengganu, belajar kat sane"

"Buat lawatan sini ke? Ke, kerja?" , tanya cashier itu lagi sambil melemparkan senyuman yang manis.

"Tidaklah. Buat lawatan je kak. Datang dengan rombongan. Sekali dengan mereka", balasku sambil menunjuk ke arah sekumpulan mahasiswa yang berbaju merah.

"Oh. Berapa hari?"

"Sehari je kak. Sampai sini pagi tadi, petang ni balik semula ke Terengganu. Sebelum ni kami menginap 2 hari dahulu di Johor", balasku lagi.

"Sehari je? Sekejapnya, tak sempatlah nak berjalan".

"Haha, takpelah kak, bukan nak berjalan sangat. Bajet pun tak cukup. 2 Dolar ye tadi? Ermm, ni dia kak".

"Hah, oh ye, 2 Dolar", balas cashier itu memperjelaskan pertanyaan aku tadi. Dia menerima wang yang ku hulurkan.

"Terima kasih", ucapku mengakhiri perbualan.

"Sama-sama, have a nice day", balas cashier itu.

Selesai perbualan ku dengan seorang cashier di salah sebuah kafe di Nanyang Technology University, Singapore. Cashier tu orang Melayu. Bila aku cakap Bahasa Melayu, dia pun terus tukar cakap dalam Bahasa Melayu. Secara kasarnya, aku tengok orang Melayu kat Singapura ni taklah sombong macam yang digambarkan orang Melayu kat Malaysia. Malahan, mereka nampaknya sangat mengalu-alukan Melayu Malaysia untuk menjejakkan kaki ke sana.


Sangat asing rasanya bila berada di kota metropolitan itu. Maklumlah, baru pertama kali menjelajah keluar dari tanah air. Bahasa Melayu juga jarang di dengar di sana, Bahasa Inggeris pula di mana-mana. Lagi pula, dari segi landskap negara ini, ciri-cirinya ala-ala Eropah dan sangatlah tersusun binaannya.

Bukan itu sahaja, sebenarnya memang banyak lagi cerita dari kota ini, cuma kali ini, ini sahaja yang sempatku tuliskan.
Insya-Allah, lain kali akan ku sambungkan perkongsian ini.


Ni mase kat UTM Johor. kat sinilah kami menginap dulu sebelum meneruskan 
lawatan kami ke Singapura.





ni mase di Singapore. Gambar ni di ambil di sebuah jambatan berhampiran dengan 
Patung Singa, mercu tanda Singapura kalau tak silap.
credit to arif adly khairuddin yang snap gambar ni.

Friday, 2 March 2012

Tingkatkan semangat, raihkan kejayaan..

....pejam  celik pejam celik, tak semena-mena je dah dekat dua tahun aq menetap di Terengganu. Dekat dua tahun jugak aq belajar kat UMT nih,...sekarang ni dah masuk semester 4 pengajian aq kat sini..
result semester lepas pun da kluar lame dah...Alhamdulillah.., walaupun tak sebaik mane dan tak mencapai
target yang ditetapkan.., tapi syukur ade peningkatan dari sem-sem yang lepas...lagipun.., kite patut bersyukur dengan ape yang kite ade kan, kan,kan..???...

sem 4 ni nampaknye subjeknye berat-berat juge, ditambah lagi dengan 4 lab seminggu..huuhh...,nak kene struggle lebih lagi...dua minggu pertame nih bolehlah rilek2 lagi...lepas2 ni tak boleh dah... kene 'study kuat-kuat'...nak kene study style luar biase ataupun EXTRAORDINARY bak kate orang-orang putih...

"...kalau nak dapat result luar biase, kenalah usaha luar biase..."

bawah ni aq sertakan senarai subjek yang aq amik untuk sem ni...

KEKUATAN BAHAN (ade lab)
TERMODINAMIK (ade lab)
METEOROLOGI
MAKMAL TEKNOLOGI MARIN ( memang lab dah pun)
PENGATURCARAAN KOMPUTER (ade lab)
ENGLISH FOR OCCUPATIONAL PURPOSE

tengok tu.., banyakkan lab... ...

tapi takpelah.., ape-apepun kite kenalah meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu ni..kalau nak jadi orang yang berjaya kenelah berusaha sehabis baik., bak kata pepatah,

'kalau nak, seribu daya, kalau tak nak seribu dalih..'


..jadilah orang yang berguna di mase depan nanti ...untuk menjadi orang yang bergune, kite kenalah ade ilmu...ilmu takkan datang kalau tak dicari...carilah ilmu...

"..orang yang paling dicintai oleh Allah adalah orang yang bergune kepada orang lain..."

moga kite jadi orang yang  berjaya dunia dan ahkirat...
...ingat juge amanah ibu dan ayah...

baiklah teman-teman seperjuangan..., mari kita bersame-same berusaha menuju kejayaan..., yang lepas biarlah lepas...jika tak baik.., kite baikkan mulai sekarang...moga dipermudahkan..

so.., jomlah kite TINGKATKAN SEMANGAT.., RAIHKAN KEJAYAAN...





Wednesday, 29 February 2012

Suatu Permulaan

Assalamualaikum...

laman ini cume satu medan perkongsian...baru sahaja ingin memulakan karya...
akan sentiasa follow-up dan update dari semasa ke semasa...
insya-Allah..

selamat datang...
..ahlan wasahlan...selamat membaca...