Tuesday, 3 July 2012

Hukum pakai cincin...???

Pakai cincin pun ade cara dan tempat yang betul....bukan main pakai jerr tau...
Rasulullah s.a.w. ada mengingatkan menantunya Sayidina Ali k.w. sebaik mengahwini puteri baginda Sayidatina Fatimah r.ha. Baginda berpesan kepada Sayidina Ali, jika memakai cincin, pakailah di:
1. Jari manis
2. Jari kelingking

Rasulullah s.a.w. menegah memakai cincin pada jari tengah (jari hantu) dan jari telunjuk. Kenapa? Kerana ia menyamai cara kaum Nabi Lut berhias. Kaum Nabi Lut itu ialah kaum dilaknati Allah kerana derhaka kepada-Nya.
Justeru, sama ada anda lelaki atau perempuan, ikutlah sunnah nabi s.a.w. apabila berhias memakai cincin. Bukan sahaja jari manis dipandang, malah dapat pahala pula.

Jumhur fuqaha' berpendapat ia adalah sunnah Nabi; Imam al Baihaqi dalam al Jami' menjelaskan ia adalah sunnah. Imam az Zuhri meriwayatkan dari Anas bin Malik, bahwa Nabi bersabda,aku diperintah memakai kasut dan cincin (alQadhi dalam kitab libas wal zinah min assunnah hal.172)
Bahan/logam pembuatan cincin
Imam al Baihaqi: perak bagi lelaki dan emas bagi wanita. Dalil diharamkan emas bagi lelaki, HR Ibn Abbas meriwayatkan Nabi telah terlihat seorang lelaki memakan cincin mas, baginda mengambilnya dan melemparkannya. (HR Muslim) Logam-logam lain: Ibn Rajab al Hambali; makruh memakai cincin besi, tembaga dan tembaga merah. Harus memasukkan batu permata pada cincin; kecuali batu permata atau seumpamanya yang berkaitan dengan khurafat.

Hukum membuat tulisan pada cincin.
Imam al Baihaqi: harus menulis tulisan pada cincin kerana berdasarkan amalan Nabi saw yang membuat sebentuk cincin dr perak dan menulis kalimah Muhammad RasuluLlah.Ibn Umar, Imam Syafi'iy, para khalifah dan hakim menulis nama-nama mereka pada cincin merka. Imam Nawawi (alAzkar) harus menulis kalimah zikrullah atas cincin

Hukum memakai beberapa bentuk cincin
Imam al Baihaqi: tidak ada keterangan melarang amalan memakai cincin lebih daripada satu. Ia terpulang kepada adat, tempat dan kumpulan manusia
Mana lebih afdhal, pakai pada tangan kiri atau kanan?
Al Baihaqi: Rasulullah saw dan seluruh para khulafa arrasyidin memakai pada tangan sebelah kiri. Namun ia menjadi khilaf fuqaha': Malik dan Syaf'iy: afdhal tangan kiri; Hanbali dan Hanafi: sebelah kanan.
Imam Nawawi: (kitab: syarah sahih Muslim) Jumhur fuqaha' berpendapat harus pada jari kiri tetapi tiada makruh memakai pada jari kiri atau kanan.
Pada jari manakah lebih afdhal?
Imam Malik, Syafi'iy dan Hanbali: yang paling utama ialah jari kelingking, sesudah itu jari manis (al binsyir)

Keutamaan memberi cincin sebagai hadiah
Ibn Hajar asqalani (al Isti'dad): HR Aisyah menceritakan sebelum Allah memasukkan ahli syurga ke Syurga , Dia mengutus Malaikat yang membawa pakaian dan sesuatu hadiah; ditanyakan apakah hadiah itu. jawab Aisyah: 10 bentuk cincin
Menjadikan cincin sebagai sebahagaian daripada mahar (maskahwin)
Ia harus dan menjadi sebahagian daripada adat umat Islam menjadikan cincin sebagai tanda pertunangan dan mahar, Ini menepati dengan firman Allah dan kamu telah memberikan kepada seseorang di antara mereka (wanita yang dikahwini) dengan mahar yang banyak.: (maksud s An Nisa': 20)

Saturday, 30 June 2012

wild water rafting@Sg Nenggiri, Gua Musang, Kelantan...



hari pertama: bergambar bersama banner di kuala betis



21/6-24/6 2012.., 
pada tarikh ini aku telah menyertai satu aktiviti yang paling ekstrem sekali setakat ini...'Wild Water rafting"..
atau dalam bahasa mudahnye "berakit arus deras" di sungai nenggiri, Gua Musang Kelantan.

Aktiviti ini  memang sangat tidak dirancang untuk disertai. Aku dan tiga orang member aku iaini amir, matwe. dan wadi hanye mendaftar sehari sebelum aktiviti tu berlangsung..itu pun bila kami dapat tahu masih ade lagi 4 kekosongan...thanks to Faziek uyun sebab bagi info..
haha..,  memang tak prepare ape-ape lah....abis je exam 21hb tuh, malm tu pun terus pi tunggu bas kat komplks sukan UMT , bertolak dari situ...
kami tunggu kat situ dalam pkul 10malam n bas bertolak pukul 12 tgh malam...dipendekkan cerita. menunggu bas hari tu memang satu penyeksaan yang nyata...haha..
so, for information.., peserta yang join aktiviti ini semuanya 30 orang termasuk aq n kawan2 aq yang sama program(course) iaitu amir, matwe, wadi, faziek n ida..

so, kat bawah ni ade cerita-cerita pahit manis sepanjang aktiviti ini:

22/6
First day-Bina rakit dan Berakit di arus tenang

Destinasi pertama: Perkampungan Orang Asli Kuala Betis.
kami tiba di sini pada 9.00 pagi. Sampai jer terus punggah barang dari dalam bas n then bahagikan kumpulan..ade tujuh kumpulan semuanye dan aku dalam kumpulan 5. Ahli kumpulan aku 2 perempuan n tiga lelaki termasuk aku..{aku, amir, matwe, huda n wanfa}.

Dan kemudianye, setiap kumpulan membina rakit masing2.

bina rakit dan rakit-rakit yang telah siap dibina 

gelagat kala tiba di kuala betis

Ekspedisi berakit bermula.
Destinasi: Gua Cha (9 km)

 gelagat berakit
a
group 5(group aku la tu)

lastly, kami tiba di gua cha dalam pkul 5.30 petang...kami pun ber-camping lah dekat situ...yang tak tahannye, tapak khemah tu sebelah kubur 'orang perak'...huuuu..
n pada malam tu ade pulak ice breaking...

23/6
Second day: Berakit di Jeram

tapak camping: Gua cha kelantan.

aktiviti berakit dimulakan pada pukul 10.45 pagi, dan kali ini, kami melalui laluan yang lebih mencabar kerana banyak melalui jeram...rakit kumpulan aku ade juga tersangkut di batu...., tapi alhamdulillah tak pernah bocor pun...haha..
perjalanan ke destinasi seterusnya, iaini POst Pulat mengambil masa selama 7 jam dan jaraknye adala sejauh 30 km..

akhirnye kami sampai ke perkampungan oran asli "post Pulat" pada pukul 6.10 petang dan berkhemah disitu...untung situ ade tandas..boleh aq mesyuarat banyak2...kebetulan pulak sakit perut yang teramat sangat malam tu...lebih dah tujuh kali rasenyer..hehe

24/6
last day: Jeram Berhala n Water confident n balik

post Pulak-perkampungan orang asli yang menjadi perhentian kami kali ini


hari itu kami meninggalkan post pulat dalam pukul 1.00 tengah hari untuk menjalankam aktiviti terakhir kami.
aktiviti hari tu masih lagi berakit melalui jeram dan yang paling ekstrem, aktiviti 'water confidence' di mana kami dihanyutkan di sungai yang berarus deras dan kami perlu survive dari lemas..

haha...nasib baik pakai pelampung..., kalau tak....hmmm..

aktviti terakhir

setelah tamat semua aktiviti, kami pun membuka semula rakit.. kali ni kami berhenti di sebuah perkampungan orang asli juga yang aq tak ingat apa namanya... kami berkemas, menganggkut segala perkakasan ke lori. kami kemudiannye ke rumah abah berdekatan di situ untuk minum petang.

dan setelah selesai semuanye.., kami pun bertolak pulang ke UMt dalam pukul 7.15 petang....
mase mula-mula sampai tuk buat aktiviti ni, rase cam lame je nak abis....tapi bile da habis ni..rase macam sekejap sangat je segalenye berlalu...
haha... biase la tu kan
moga2 ade lah lagi program yang awesome n free mcm ni yang UMT buat...bole pi lg kan...

sekian...