Monday, 11 June 2012

Ku Pohon Berkat-Mu Ya Allah


Ya Allah, 
hamba-Mu ini masih menagih redha-Mu,
masih mengharap berkat dari-Mu,
dalam menempuhi kehidupan di dunia ini,
mahupun di akhirat..

berikanlah hamba-Mu ini petunjuk,
seperti mana orang-orang yang telah mendapat petunjuk dari-Mu..

berikanlah hamba-Mu ini pertolongan,
seperti mana Kau memberi pertolongan kepada hamba2 Mu yang soleh..

dan berkatilah ape sahaja yang telah Kau berikan padaku,
seluruh kehidupanku,
setiap usahaku,
dan dari setiap apa yang aku miliki..

perkenankanlah Ya Allah...


Monday, 30 April 2012

OPTIMISTIK dan bukan PESIMISTIK


Sikap yang optimis adalah faktor penting untuk mencapai kejayaan.

Seseorang yang optimistik akan sentiasa melihat sesuatu masalah dengan satu jangkaan atau harapan yang baik, dengan erti kata yang lain, sentiasa melihat segala hal daripada sudut positif dan baik.

Individu yang mempunyai sifat optimistik ini biasanya mempunyai estim yang tinggi, manakala mereka yang mempunyai estim yang rendah akan ada sifat pesimistik.

Estim itu bolehlah dikaitkan dengan semangat. Orang yang kuat semangat dan tinggi azamnya pasti memperoleh kejayaan kelaknya.

Oleh itu, untuk mencapai kejayaan yang diimpikan, kita sebagai pelajar hendaklah sentisa optimis dengan setiap usaha kita dan jangan sesekali mendekatkan diri dengan sifat pesimistik.