Saturday, 30 June 2012

wild water rafting@Sg Nenggiri, Gua Musang, Kelantan...



hari pertama: bergambar bersama banner di kuala betis



21/6-24/6 2012.., 
pada tarikh ini aku telah menyertai satu aktiviti yang paling ekstrem sekali setakat ini...'Wild Water rafting"..
atau dalam bahasa mudahnye "berakit arus deras" di sungai nenggiri, Gua Musang Kelantan.

Aktiviti ini  memang sangat tidak dirancang untuk disertai. Aku dan tiga orang member aku iaini amir, matwe. dan wadi hanye mendaftar sehari sebelum aktiviti tu berlangsung..itu pun bila kami dapat tahu masih ade lagi 4 kekosongan...thanks to Faziek uyun sebab bagi info..
haha..,  memang tak prepare ape-ape lah....abis je exam 21hb tuh, malm tu pun terus pi tunggu bas kat komplks sukan UMT , bertolak dari situ...
kami tunggu kat situ dalam pkul 10malam n bas bertolak pukul 12 tgh malam...dipendekkan cerita. menunggu bas hari tu memang satu penyeksaan yang nyata...haha..
so, for information.., peserta yang join aktiviti ini semuanya 30 orang termasuk aq n kawan2 aq yang sama program(course) iaitu amir, matwe, wadi, faziek n ida..

so, kat bawah ni ade cerita-cerita pahit manis sepanjang aktiviti ini:

22/6
First day-Bina rakit dan Berakit di arus tenang

Destinasi pertama: Perkampungan Orang Asli Kuala Betis.
kami tiba di sini pada 9.00 pagi. Sampai jer terus punggah barang dari dalam bas n then bahagikan kumpulan..ade tujuh kumpulan semuanye dan aku dalam kumpulan 5. Ahli kumpulan aku 2 perempuan n tiga lelaki termasuk aku..{aku, amir, matwe, huda n wanfa}.

Dan kemudianye, setiap kumpulan membina rakit masing2.

bina rakit dan rakit-rakit yang telah siap dibina 

gelagat kala tiba di kuala betis

Ekspedisi berakit bermula.
Destinasi: Gua Cha (9 km)

 gelagat berakit
a
group 5(group aku la tu)

lastly, kami tiba di gua cha dalam pkul 5.30 petang...kami pun ber-camping lah dekat situ...yang tak tahannye, tapak khemah tu sebelah kubur 'orang perak'...huuuu..
n pada malam tu ade pulak ice breaking...

23/6
Second day: Berakit di Jeram

tapak camping: Gua cha kelantan.

aktiviti berakit dimulakan pada pukul 10.45 pagi, dan kali ini, kami melalui laluan yang lebih mencabar kerana banyak melalui jeram...rakit kumpulan aku ade juga tersangkut di batu...., tapi alhamdulillah tak pernah bocor pun...haha..
perjalanan ke destinasi seterusnya, iaini POst Pulat mengambil masa selama 7 jam dan jaraknye adala sejauh 30 km..

akhirnye kami sampai ke perkampungan oran asli "post Pulat" pada pukul 6.10 petang dan berkhemah disitu...untung situ ade tandas..boleh aq mesyuarat banyak2...kebetulan pulak sakit perut yang teramat sangat malam tu...lebih dah tujuh kali rasenyer..hehe

24/6
last day: Jeram Berhala n Water confident n balik

post Pulak-perkampungan orang asli yang menjadi perhentian kami kali ini


hari itu kami meninggalkan post pulat dalam pukul 1.00 tengah hari untuk menjalankam aktiviti terakhir kami.
aktiviti hari tu masih lagi berakit melalui jeram dan yang paling ekstrem, aktiviti 'water confidence' di mana kami dihanyutkan di sungai yang berarus deras dan kami perlu survive dari lemas..

haha...nasib baik pakai pelampung..., kalau tak....hmmm..

aktviti terakhir

setelah tamat semua aktiviti, kami pun membuka semula rakit.. kali ni kami berhenti di sebuah perkampungan orang asli juga yang aq tak ingat apa namanya... kami berkemas, menganggkut segala perkakasan ke lori. kami kemudiannye ke rumah abah berdekatan di situ untuk minum petang.

dan setelah selesai semuanye.., kami pun bertolak pulang ke UMt dalam pukul 7.15 petang....
mase mula-mula sampai tuk buat aktiviti ni, rase cam lame je nak abis....tapi bile da habis ni..rase macam sekejap sangat je segalenye berlalu...
haha... biase la tu kan
moga2 ade lah lagi program yang awesome n free mcm ni yang UMT buat...bole pi lg kan...

sekian...

21/6/2012-End of Year 2

akhirnya.., pengajianku di tahun 2 tamat pada hari ni, tarikh ini , 21 JUn 2012. Habis sudah sem 3, habis jugak sem 4 pengajianku di Umt ni.. segala exam telah pun aku duduki untuk tahun 2 ini. Dan pada bulan September akan datang akan bermula pula pengajianku di semester 1 tahun 3 kursus Teknologi maritim..

Banyak juga kisah pahit manis yang aku ingat dalam tempoh ini.., khususnya sem 4, paling bnayak memori..
Ade pasal diri sendiri, persekitaran, ade jugak pasal member2, dan ade jugak pasal lecturer..
n sem ni memang banyak bg aku nice memori biarpun secara akademiknye tidaklah sebaik mane...tapi ape pun moga-moga result exam nnti baiklah hendaknye..

so flashback untuk aktiviti tahun 2 ini:

Majlis Ijazah Potong PSSCMUMT
Majlis KOnvokesyen Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
Kem waja diri Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia UMT(PSSCMUMT)
Majlis Ijazah Tamat PSSCMUM 
Program Khazanah Tanah Selatan -Lawatan Ilmiah ke Johor dan Singapura (teknologi maritim)
Majlis BBQ Max-G
Wild Water rafting- Sg NEnggiri Gua Musang kelantan


so, itulah antara aktiviti yang aku ingat yang aku sertaidalam tahu 2 nih...lepas ni tahun 3 tak tau lah lagi macam mane pulak gayenye..
apepun, moga tahun 3 nnti lebih baik dari dari tahun sebelumnya..
Insya'Allah...

Thursday, 14 June 2012

Tuhan..., aku rindu waktu Subuh-Mu...


Sejak kebelakangan ini.., diri ini sering sahaja terlepas waktu subuh. Mana tidaknya, celik-celik sahaja jam dah pukul 9, 10 pagi...terpaksalah Qada' masa waktu zohor..Sebab apa ye?? mungkin sebab penat sangat study..almaklumlah musim exam ni...dan bukan sebab itu sahaja.., tengok bola lg..EURO kan..haha..tapi.., ape-ape pun, benda ni tetap salah..
Astaghfirullahaladzim...., besar dosanya tinggal  solat nih...moga Kau ampunkan dosaku Ya Allah.

Dan baru tadi saya adalah jugak mencari tips-tips untuk kita amalkan supaya lebih mudah bangun pagi terutama sekali waktu subuh..., dan saya telah terjumpa yang ini.., dan saya nak sangat kongsikan kepada anda semua buat renungan dan amalan kita bersama..

Tips-tips dan Formula bangun awal sebelum Subuh:


  1. Niat sebelum tidur bahawa tidur ini adalah ibadah kerana Allah SWT. Setting diminda, bahawa kita ingin bangun awal keesokan harinya. Lebih baik sekiranya kita katakan secara terperinci tentang masa yang ingin kita bangun. Contoh : “ Esok saya akan bangun pada jam 5.30 pagi.”
  2. Biasakan diri berwudhuk sebelum melelapkan mata. Bayangkan inilah wudhuk kita yang terakhir. Kita memyempurnakan wudhuk dengan tertib, tenang dan sesempurna mungkin.
  3. Dirikan solat sunat dua rakaat sebelum tidur. Sebaiknya, solat sunat Taubat. Cantiknya, sebelum tidur kita memohon keampunan serta membersihkan diri daripada dosa-dosa dan kekotoran maksiat kita kepada Allah SWT.
  4. Gunakan alat  bantuan untuk membangkitkan kita daripada tidur. Mohon bantuan ibu bapa, adik-beradik atau kawan-kawan yang ada. Di samping itu, setkan jam loceng atau alarm telefon kita berhampiran dengan kita.
  5. Untuk bangun awal, kita perlulah tidur awal. Tidur yang secukupnya memudahkan kita untuk bangun dengan segar, ceria dan bertenaga.
  6. Bacakan doa sebelum tidur dan bacaan Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Anas.Hembuskan bacaan tadi ditapak tangan dan sapukan ke seluruh badan. Mohon perlindungan dan pemeliharaan daripada Allah SWT.
  7. Sambil berbaring sebelum terlelap, basahkan bibir dengan zikir memuji dan memuja Allah SWT. Alhamdulillah, Alhamdulilah, Alhamdulillah.
  8. Teruskan dan ulang berkali-kali tips ini jika gagal. Peringkat awal, ia seperti sukar. Lama kelamaan ia akan berputik di hati. Kita akan biasa dengan amalan ini jika ia dilakukan terus-menerus tanpa putus asa.
  9. Jika berjaya, syabas saya ucapkan. Sekarang cabarannya ialah untuk mengekalkan amalan ini dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan dan tahun ke tahun. Jadi bagaimana?
  10. Perbanyakanlah berdoa, bermunajat dan merintih kepada Allah SWT agar kita sama-sama istiqamah dan konsisten dengan amalan bangun awal ini. Hasrat dan harapan kita hanya satu agar Allah SWT sayang dan redha kepada kita.
Saranan saya kepada diri saya sendiri khususnya dan kepada anda semua, kita lakukan segera tanpa bertangguh. Esok pagi, adalah pagi yang terbaik untuk kita. Kerana apa? Kita mampu bangun awal sebelum Subuh, bersiap siaga untuk solat Subuh berjemaah, menghiasinya dengan bacaan Al-Quran, berdoa, berzikir dan terus berfikir untuk masa hadapan kita di dunia dan akhirat.

Orang kata, bila bangun awal ni.., macam-macam kerja kita boleh buat, boleh siapkan dan kita akan rasakan masa kita tu sangat lapang sekali..., insya'Allah..

So, marilah kita bersama-sama berusaha untuk tidak meningglkan waktu subuh...
sekian..

Monday, 11 June 2012

Never Give Up!!!



Jangan kita mengalah walaupun kita telah gagal 99 kali..
kerana..,
kali yang ke-100 itu mungkin kite akan dapat ape yang kite mahu..

Ku Pohon Berkat-Mu Ya Allah


Ya Allah, 
hamba-Mu ini masih menagih redha-Mu,
masih mengharap berkat dari-Mu,
dalam menempuhi kehidupan di dunia ini,
mahupun di akhirat..

berikanlah hamba-Mu ini petunjuk,
seperti mana orang-orang yang telah mendapat petunjuk dari-Mu..

berikanlah hamba-Mu ini pertolongan,
seperti mana Kau memberi pertolongan kepada hamba2 Mu yang soleh..

dan berkatilah ape sahaja yang telah Kau berikan padaku,
seluruh kehidupanku,
setiap usahaku,
dan dari setiap apa yang aku miliki..

perkenankanlah Ya Allah...